Header Ads

Breaking News
recent

Permohonan ke Pusat Bahasa Arab Universiti Ummul Qura, Mekah

Pengenalan 

Pusat Pengajian Bahasa Arab - Untuk orang yang Tidak bercakap Arab adalah salah satu daripada pusat-pusat pengajian di Universiti Ummul Qura, Mekah. Ia diasaskan bagi mendidik umat Islam seluruh dunia bagi menguasai bahasa al-Quran dan asas-asas pengajian Islam.

Jenis Pengajian

Ini adalah program 2 tahun yang dibahagikan kepada 4 level. Berikut adalah pengajian yang ditekankan:

1-Hafalan al-Quran, Tafsir dan Tajwid.
2-Hafalan Hadis dan Ulum Hadis.
3-Kemahiran Komunikasi, Penulisan dan ,
    Perbualan di dalam bahasa Arab.
4-Pengajian Fikah & Akidah

Kemudahan percuma

1- Yuran Pengajian
2- Tempat Tinggal (bagi yang bujang)
3- Menerima elaun 850 SR setiap bulan
4- Tiket dua hala setiap cuti musim panas.
5- Buku dan kemudahan pengajian
6- Pemeriksaan kesihatan di hospital
      universiti.

Syarat kelayakan

1. SPM / Diploma atau setaraf
2. Umur tidak lebih 23 tahun
3. Sihat Tubuh Badan
4. Lelaki atau Perempuan
5. Perempuan memerlukan Mahram
yang telah mendapat visa tinggal di Arab Saudi

Peluang ijazah

Pelajar yang lulus dengan  grade Mumtaz akan dipertimbangkan untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang: Syariah atau Da`wah atau Bahasa Arab di Universiti Ummul Qura.







Dapatkan informasi lanjut serta perancangan pelan pendidikan ke universiti ini atau universiti-universiti lain melalui pertemuan dua hala bersama pegawai "Educational Consultant" kami.

Book an appointment with Adaptavant at Ascendas using SetMore

No comments:

Powered by Blogger.