Peluang Pengajian Bagi Pelajar Tahfiz/Pondok
Zaman ini, telah banyak sekolah yang menggunakan sistem pondok dalam pengajian bersama-sama dengan pendidikan akademik. Tetapi masih banyak lagi lepasan pondok dan tahfiz yang mengikuti sistem lama yang tidak mengambil peperiksaan seperti PT3 dan SPM.
Jadi, apa peluang mereka meyambung pengajian di peringkat Universiti di Timur Tengah?
Kami memberi 1 cadangan berikut:
1. Sekolah Islam Antarabangsa al-Azhar, Mesir.
Mungkin para pelajar tahfiz dan pondok telah biasa mendengar tentang Universiti al-Azhar. Sebahagian orang nisbahkan ia sebagai Kiblat Ilmu kerana para ulamanya menjadi rujukan di dalam pelbagai bidang agama.
Al-Azhar ialah sebuah institusi pengajian yang merangkumi Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, dan Universiti. Sekolah Islam Antarabangsa al-Azhar merupakan salah satu daripada institusi kelolaan Al-Azhar. Lepasan daripada tempat pengajian ini akan layak untuk menyambung pengajian ke Universiti al-Azhar.
Apa Kelebihan Belajar di sini?
1. Tiada had umur untuk mendaftar.
2. Kemasukan mudah, tidak perlu apa-apa sijil
3. Pengajian Ilmu Agama & Moden serentak
4. Komunikasi dalam bahasa Arab dengan pelajar dari pelbagai negara
5. Mudah menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar & universiti timur tengah yang lain seperti Ummul Qura di Mekkah.
Bagaimana jika saya berminat?
Jika anda berminat, sila semak link berikut terlebih dahulu, kemudian hubungi kami untuk urusan lanjut.
Semoga Allah mudahkan urusan anda!
Telefon Pejabat : 03 - 6039 7343
Pn Mimi (WhatsApp) : 017 - 3162 287
Pn Noriza : 014 - 7243 289
Ustaz Syihab : 013 - 3023 316
Dapatkan informasi lanjut serta perancangan pelan pendidikan ke universiti ini atau universiti-universiti lain melalui pertemuan dua hala bersama pegawai "Educational Consultant" kami.
No comments: